Bandung merupakan bandar yang ke dua terbesar selepas Jakarta.
Ianya berkeluasan sekitar 3,600 kilometer persegi dan terdiri
daripada 26 buah kota dengan penduduk kira-kira 42 juta
orang. Wilayah ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti 287
objek pelancongan alam sekitar,104 pelancongan budaya dan 168 pelancongan
dengan minat khusus. Sebanyak 13 kota rayanya pula memiliki corak batik
khas daerah masing-masing.
Kota Bandung yang sinonim dengan jolokan 'Paris
Van Java' itu tebal dengan elemen kebudayaan yang mana
penduduknya kebanyakan berketurunan Melayu Sunda.
Elemen kebudayaan itu bersatu dengan kekayaan alam semula jadinya yang
menjadikan ianya begitu menarik untuk diterokai.Hamparan sawah padinya yang
luas dan kehijauan ladang teh di kaki gunung, serta udaranya yang nyaman
dapat menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan. Gabungan kesemua itu
umpama sebuah lukisan yang sungguh luar biasa indahnya.
Dengan ketinggiannya 768 meter dari aras laut, ianya
memberikan suasana udara yang nyaman. Ianya dikelilingi pula oleh
beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti gunung berapi
Tengkubung Perahu, Papandayan, Guntur, Ciremai dan banyak lagi.
Tangkuban Perahu
Selain daripada bentuk muka
buminya yang mengasyikan itu, kota Bandung juga sangat terkenal dengan
pusat membeli belahnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama
antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat membeli
belah yang mashyur ialah Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, The Summit
Butique Outlet dan banyak lagi.
Pasar Baru pula terkenal
dengan produk kain ela, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi
dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di
Malaysia. Bagi peminat barangan kulit pula, anda boleh
mendapatkannya di Jalan Cibadayut yang ditawarkan dengan harga
yang cukup murah. Pendek kata, kota Bandung memang sesuai jika
dinamakan sebagai 'syurga membeli belah'.
Justru itu tidak hairanlah
begitu ramai rakyat Malaysia datang kesana untuk berbelanja di samping
menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Jangan lepaskan peluang untuk
menerokai segala keindahan dan pengalaman membeli belah di kota Bandung. Kini
dengan kos kurang RM1,000 anda boleh mendapatkan percutian yang menarik seperti
di atas.



.jpg)







.jpg)








.jpg)




















.jpg)


.jpg)



