Tuesday, 15 October 2013

Ho Chi Minh City Part 2 ( TEMPAT MEMBELI BELAH)

Ok. Sambung balik cerita tentang Kota Raya Ho Chi Minh.

Sampai sahaja disana beberapa tempat membeli belah boleh dijadikan sasaran buat mereka yang amat gilakan shopping. Orang kita selalu salah anggap yang pasar Ben Than adalah yang termurah. Sebenarnya anda boleh ke China Town yang menawarkan harga lebih murah disebabkan disana tidak terlalu menjadi
tumpuan para pelancong. Huhuhu...


China Town . District 5/ Cholon


Segala Jenis Udang Kering ada. yang atas tu tak berapa nk udang kering sangat la.. heheheheh


Fabrik yang macam macam. Nak macam kelambu , nak macam kain baldu , nk labuci satu badan . Semua ada. Kaum Hawa kesini akan terkena kejutan budaya dan anti sosial sebab terlalu fokus untuk shopping hingga tak sempat nk menegur siapa. Huhuhu


Nah macam macam jenis topi ada disini. Nak topi ala ala tepi pantai, ala ala tepi sawah. Nak yang bereben ,nk berkotak kotak .Semua ada . Harga??? jangan cakap la memang murah sebab anda boleh tawar menawar . 


Kalau dah penat berjalan. Agak agak selipar anda dah tak sedap buang sahaja ( JANGAN MEMBAZIR) . Disini selipar dan kasut yang menarik pun banyak dijual. 

Ok. Next beralih pulak kepada Saigon Square. Ini pun salah satu tempat Shopping yang biasa biasa ja. Tapi kalau dah alang alang datang apa salahnya singgah kan..Dia ada dua Saigon Square mungkin sebab Saigon square lama dah tak dapat menampung kunjungan pelancong. Kott la..


 Yang Lama


Yang Baru

Barangan yang dijual. 
Kasut, Sliper, Jam tipu, Beg, Wallet, Baju moden, Tshirt, Tali pinggang dan Lain lain lagi.

Seterusnya anda juga boleh cuba untuk menjenguh di Russian Market. Disini tempat juga agak selesa . Barangan yang dijual sebenarnya lebih kurang sama je di antara satu tempat dengan tempat yang lain


Russian Market

Selain daripada tempat tempat yang dinyatakan diatas. Ada ratusan butik butik di sekeliling Ben Than market untuk anda jelajahi. Yang penting Kaki mau Kuat. Kalau tak kuat pergi refleksologi dulu untuk lancarkan peredaran darah. Disana anda boleh buat pilihan nk yang high class atau yang biasa biasa. Pada malam hari anda boleh sambung membeli belah di NIGHT MARKET pulak. Dimana?? di sekeliling Ben Than Market jugak. Disana ada banyak la baju kurung Manik, beg , beg tarik, T Shirt, dan macam macam. Pendek kata kalau ke HCM City  ni RM 1000 kejap je habis..huhuhu . Hati hati.

No comments:

Post a Comment