Sampai di Mekong River kita akan naik bot untuk melawat beberapa pulau pulau kecil di sungai mekong itu. Ha..ingt laut je ke ada pulau.. Mekong River pun ada pulau la...ok ini adalah fakta berkenaan sungai Mekong untuk anda tahu.Kalau nk tahu la...
Mekong River ini adalah antara sungai utama di DUNIA. Ianya merupakan yang ke 12 terpanjang di dunia dan yang ke 7 di Asia. Bangga tak sapa yang dah pergi???Panjangnya 4350 km merentasi beberapa buah negara bermula daripada wilayah Yunan di China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
Normally apabila anda melawat di sini , anda akan dibawa ke tiga pulau utama
Pulau 1 : Melihat bagaimana perusahaan candy kelapa dibuat. Terdapat pelbagai perisa yang anda boleh cuba seperti perisa pandan, perisa coklat, perisa asli dan macam macam
Pulau 2: Kebun buah buahan & Tempat perusahaan madu .Disini para pengunjung dapat menikmati buah buahan tempatan sambil didendangkan muzik tradional serta persembahan vokal mantap daripada penduduk disitu. Agak terhibur la..dok makan buah sambil dengar muzik kan. Mana mau cari kan...
Sapa berani pegang la sendiri . Masukkan jari dan cari royal Jelly . Saya sempat mencuba. ERM bila jilat jelly tu perghhh freshh dan sedapp
teh bersama madu dan perahan air limau nipis yang dihidangkan bagi basahkan tekak yang kehausan. Ermm lega rasa. Teh ini dinikmati dengan gelas kecil yang comel. Ni strategy sahaja bagi minum air FREE lepas tu datang la depa mai jual madu n jasmine tea la..kerepek pisang la...tp ok ja..RM 1 je kott..
Buah dragon fruit yang menjadi mangsa
Nangka ini memang feeling habis. Isi dia fresh . Bila gigit terasa kerangupan dan bau nangka yang mempersona. Ermmm teringat ingat lagi..Perakkk mcm tak pernah makan kan.
Ni la Singer popular di kawasan tu . Sekali dia tarik perghhh kalau siti Norholiza. ahahah . Nice la korang digallakan bagi la tips tanda penghargaan
ERm buah mata kucing ni x best sangat sebab isi sikit bijik besaq
Pulau yang ketiga : Kami menikmati makan tengahari sendiri. Ini kerana dikhuatiri makan tengahari yang disediakan tidak halal, walaupun didakwa HALAL. disebabkan was was kami elakkan untuk makan. So kami hanya menikmati air kelapa FRESHHH. ermm bygkan la minum jus kelapa dibawah pohon yang rendang sambil lentok ditiup angin bayu memang terbaik la kan...ermm sat tgk gmbaq kat bawahh ek
Ni ahli rombongan yang saya bawak
Nampk kusyuk nikmati isi lembut kelapa yang menyegarkan
Ok gambar gambar dibawah ni pulak adalah kenderaan kedua yang kami naik selepas bot berenjin. Bagi menyusuri sungai sungai kecil di mekong river , kami menggunakan bot kecil yang disediakan ni. Ha. sampan ini dikayuh oleh lelaki dan juga wanita vietnam yang tinggal di pulau pulau ini. Kudrat depa memang power.. relekss ja dayung. Ada yang gayat ada yang cool ja naik. Tapi kegusaran itu bagai dilupakan apabila kita dibuai dengan panaroma indah pokok pokok nipah yang menghiasi tebing tebing sungai. Sedar sedar saja kita dah smapi ke destinasi.
Lawatan ke sungai mekong ni habis lebih kurang jam 4 petang jugak la. So lawatan kesini memang mengambil masa hampir satu hari. Enjoy la disini. :)




.jpg)




















.jpg)


.jpg)




