Oleh demikian memang amat mudah untuk rakyat kita menjalankan urusan tawar menawar tapi AWAS mereka kini telah demand. Kalau dulu memang mudah untuk kita mendapatkan harga yang rendah, namun kini mereka agak ACT sedikit. huhuhu..
Buat yang pertama kali yang menjejaki bumi tuhan ini, pastinya anda WAJIB melawat tempat seperti Ben Than Market
Ini adalah pemandangan di depan Ben Than Market. Kalau anda daripada Airport, beritahu sahaja yang anda ingin ke Ben Than Market. Mereka akan terus bawa anda kesana. Teksi disana adalah teksi bermeter. jangan naik teksi Vios , Naik Teksi Innova yang berwarna Putih Hijau
Ha.. Teksi ni. Tambang dia dalam lingkungan 180 ribu dong - 230 dong. Ratus Ratus ribu...Takutt Mahall..Adoiii.. RM 360 adalah bersamamaan 1 juta jer la..So kalau 100 ribu macam RM 36 sahaja . So satu Teksi tu boleh naik berapa ramai pulak kan. So kalau kongsi kongsi agak jimat la kan.
Sampai je ke Ben Than. Anda bolehlah Check in Hotel . Banyak sangat pilihan Hotel. Bagi memudahkan anda, saya cadangkan duduklah hotel yang dekat dengan Ben Than Market. Supaya senang duit anda habis Shopping. hehehe. Antara hotel yang menjadi tumpuan ramai adalah Saigon Pink 2, Tan Hai Long, Thm Lee Hotel dan sebagainya. Anda boleh tengok sahaja di Agoda dan sebagainya.
Kenangan Bersama Rombongan yang pernah saya bawa
Kawan yang bekerja di Hotel. Sempoi je kan. sebab tak beruniform. Murah dan Selesa Hotel ni. dalam RM 50-60 je semalam.
Hotel ini agak mahal. Tapi memang cantikla.
Pilihan ramai rakyat Malaysia , sebab bertentang dengan kedai Basiroh Kedai Makanan Muslim. Selain daripada itu banyak lagi Restoran Muslim yang sedap sedap. Basiroh ni memang murah sikit, tapi bagi saya tidak berapa sedap. Kepada yang mencari kepuasan dalam makan, saya cadangkan untuk pergi makan di Restoran 1 Malaysia yang sederet dengan kedai basiroh tadi yang terletak bertentang dengan Saigon Pink 2.
Restoran Serai
Air Kelapa muda yang pasti menyegarkan apabila sedang kepanasan. Isinya lembut . Airnya manis manis buah. Akan dihidangkan dalam keadaam sejuk
Nasi Goreng Campur daripada Restoran 1 Malaysia ini pastinya membuat anda hilang rindu makanan di Malaysia. Kelainan pada nasi goreng ini adalah pada berasnya yang seakan beras pulut. Rasanya cukup rencah. Dihidang bersama telur mata dan sambal yang sangat Wallla.
Selain itu kedai Haji Halim, Restoran Serai, Hj Shamsudin dan sebagainya boleh dijadikan tempat untuk menikmati hidangan tengahari mahupun malam.

.jpg)


.jpg)




No comments:
Post a Comment