Wednesday, 18 December 2013

Bandung .Perihal Bandung



Bandung merupakan bandar yang ke dua terbesar selepas Jakarta. Ianya berkeluasan sekitar 3,600 kilometer persegi dan terdiri daripada 26 buah kota dengan penduduk kira-kira 42 juta orang. Wilayah ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti 287 objek pelancongan alam sekitar,104 pelancongan budaya dan 168 pelancongan dengan minat khusus. Sebanyak 13 kota rayanya pula memiliki corak batik khas daerah masing-masing. 


Kota Bandung yang sinonim dengan jolokan 'Paris Van Java' itu tebal dengan elemen kebudayaan yang mana penduduknya kebanyakan berketurunan Melayu Sunda. Elemen kebudayaan itu bersatu dengan kekayaan alam semula jadinya yang menjadikan ianya begitu menarik untuk diterokai.Hamparan sawah padinya yang luas dan kehijauan ladang teh di kaki gunung, serta udaranya yang nyaman dapat menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan.  Gabungan kesemua itu umpama sebuah lukisan yang sungguh luar biasa indahnya. 


Dengan ketinggiannya 768 meter dari aras laut, ianya memberikan suasana udara yang nyaman. Ianya dikelilingi pula oleh beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti gunung berapi Tengkubung Perahu, Papandayan, Guntur, Ciremai dan banyak lagi.

                                               Tangkuban Perahu

Selain daripada bentuk muka buminya yang mengasyikan itu, kota Bandung juga sangat terkenal dengan pusat membeli belahnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat membeli belah yang mashyur ialah Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, The Summit Butique Outlet dan banyak lagi.



Pasar Baru pula terkenal dengan produk kain ela, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit pula, anda boleh mendapatkannya di Jalan Cibadayut yang ditawarkan dengan harga yang cukup  murah.  Pendek kata, kota Bandung memang sesuai jika dinamakan sebagai 'syurga membeli belah'. 




Justru itu tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malaysia  datang kesana untuk berbelanja di samping menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai segala keindahan dan pengalaman membeli belah di kota Bandung. Kini dengan kos kurang RM1,000 anda boleh mendapatkan percutian yang menarik seperti di atas.


No comments:

Post a Comment