Saturday, 16 November 2013

Singapore Day Trip ( PART 1)

Kota Singa ni terletak bukan jauh pun daripada semenanjung Malaysia. Hanya 5 jam memandu pun dah boleh smapi ke negara yang bernama Singapura ni. Asal nama Singapura ini di ambil daripada bahasa Sanskrit iaitu  siṃhāpura (सिंहपुर, "Kota Singa"). Padahal mana la ada Singa di negara ini . Jolokan nama Kota singa ini di beri oleh pengasas yang menjumpainya iaitu Sang Nila Utama. Dahulunya iainya jugak digelar temasek, merupakan bekas jajahan kerajaan srivijaya



Ringkasnya : Nama lain bagi Singapura 

Temasek
Singapura
Kota Singa

Penjajahan oleh British


Pada 29 Januari 1819, Thomas Stamford Reffles mendarat di pulau utama Singapura. Setelah melihat potensinya sebagai pusat perdagangan strategik di Asia Tenggara, Raffles menandatangani perjanjian bersama Sultan Hussein Shah bagi pihak Syikat Hindia Timur  pada 6 Februari 1819 untuk membangunkan bahagian selatan Singapura sebagai pos perdagangan dan petempatan British

Individu yang dikaitkan dengan Singapura

Sang Nila Utama
Sir Thomas Stamford Raffles



Fakta Menarik

Terdiri daripada 63 Pulau. Tahu tak nama rasmi Pulau Singapura adalah Pulau Ujong. Mesti korang jarang dengar kan.

Terdapat 2 laluan sambungan manusia ke Kota Singa ini iaiati Tambak Johor & Laluan Tuas

Puncak tertinggi di Kota Singa ialah Bukit Timah

Keluasan Singapura bertambah daripada 581.5 kmkepada 681.5  km2


 

Bridge 



Merlion ( Mama Lion ) bertentang dengan Esplanet ( tempat kebudayaan Singapura)




2 comments:

  1. Syabas. . Jom. . Kita Belajar dari perjalanan jauh kita. . Kata Bidalan. . Jauh Berjln, Luas Pengalaman, banyak Untungnya. .

    ReplyDelete